Kami meninggalkan panas Malaysia,
menaiki pesawat PIA (Pakistan International Airlines) meluncur laju membelah
awan dan langit ke arah barat benua India - Pakistan. Transit sebentar di
lapangan terbang Karachi sebelum menaiki kapal terbang airbus ke Lahore. Keluar
sahaja dari lapangan terbang, kami didakap dingin udara Pakistan yang kering.
Suhu di Lahore pada permulaan musim dingin adalah antara 21 dan 18
.
|
Kabus dingin di Lahore yang menyelubungi matahari pagi |
|
Perkarangan markaz Raiwind |
Setelah kurang lebih sebulan
membiasakan diri dengan dingin di Pakistan. Kami bergerak masuk ke India pada
25 Disember. Bertuah benar kami, berada di tengah-tengah kota Delhi dalam musim
sejuk berada pada puncaknya. Kami meletakkan suhunya pada angka tujuh dan lapan
. Tanpa
kemudahan menghadapi dingin musim dingin, kami merenung dan bermuhasabah
memaknakan perkataan mujahadah.
|
Radjahani, Delhi - Howrah |
Jam 12.00 tengah malam, 7 Januari
kami berjalan lagi. Kini menghala ke arah Timur. Kami menyusuri landasan kereta
api India. Rangkaian kereta api terpanjang di dunia, mempunyai landasan
sepanjang 115, 000 kilometer. Delhi - Howrah. Howrah pusat Bandar Kolkata. Kami
bermalam semalam di perut Kolkata, melepaskan lelah 26 jam dalam kereta api sleeper,
AC 3 tier. Gerabak Radjahani, bermakna ‘Gerabak Ibu Kota’ telahpun
mula bergerak di atas landasan kereta api India seawal tahun 1969. Selepas
hilang penat, kami bersafar pula di atas bas terus menuju ke urat nadi
Bangladesh - Dhaka. Kami sudah menyesuaikan diri dengan cuaca dingin tambahan
pula suhu semakin meningkat bermakna musim dingin sudah beransur-ansur
berangkat meninggalkan benua India. Maka tiada masalah sangat di Bangladesh.
|
Bangladesh |
Ketika kami meninggalkan lapangan
terbang Dhaka, suhu yang sempat kami rekodkan adalah pada 26
. Kami kambali
dalam dakapan Malaysia yang ‘hangat’.
Doakan saya diberi taufiq oleh
Allah, menyambung catatan ini - PERJALANAN MUSIM DINGIN DI BENUA INDIA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan