MUET SPEAKING
Jam 7.30 pagi saya sampai di SMA
Daris. Jalan ke SMA Daris dari jalan utama sebenarnya hanyalah mini tar yang
muat oleh hanya sebuah kereta. Saya tidak tahu dan papan tanda hanya
memaklumkan di sebelah kiri adalah SMA Daris. Tiada lagi maklumat lanjut
tentang mini tar menjadi jalan sehala pada waktu pagi (waktu pergi sekolah) dan
petang (waktu balik). Saya dihalang oleh banyaknya kereta. Saya tidak boleh
terus lagi atau kereta saya akan jatuh ke dalam bendang.
Bila saya merasakan sedikit selamat
saya terus memecut sebelum berpuluh-puluh lagi kenderaan sempat menghimpit saya
lagi. Alhamdulillah mujur ada sebuah parkir (mungkin tempat membakar sampah
oleh tukang kebun?). Terus sahaja saya memarkir kereta tanpa berfikir panjang.
Apabila memakai baju kemeja dan
seluar pentalun dan berjalan di hadapan barisan pelajar saya merasakan bahawa
saya adalah salah seorang dari guru yang mengajar. Para pelajar ketika saya
melintasi mereka sedang berdoa. Seorang guru di hadapan barisan pelajar
tingkatan enam memerli pelajarnya, “Ohh... sudah tingkatan enam tak
payah baca doa.”
Sudah tingkatan enam pun masih
diperli cikgu. Itu yang terlintas dalam hati saya. Saya teringat kenangan
belajar di al-Islah dulu.
Pendek cerita saya dikuarantin
bersama lima belas calon yang lain. Dua orang cina. Saya khuatir jika bersama
calon tersebut. Akhirnya saya bersama seorang Melayu lelaki dan dua Melayu
perempuan. Tapi apa kurangnya mereka. Bakal doktor dan pharmacist.
Akhirnya selesai MUET Speaking. Tapi
saya ada satu paper lagi lusanya...
BILA EXAM
BERAKHIR
Sebelum habis exam saya sangat
bersemangat untuk belajar. Dan belajar adalah kehidupan pelajar. Jadi saya
bersemangat untuk hidup. Boleh begitu? Hairannya bila habis menjawab paper
terakhir, semangat untuk ‘hidup’ hilang. Ialah, kalau hidup = belajar. Sudah habis
belajar = sudah habis hidup.
Jadi saya perlu mencari matlamat
lain agar saya terus ‘hidup’...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan