Tidak tahu, kebajikan apa yang saya
lakukan? Saya cuma menumpangkannya tidur di rumah saya sehari dua dan
membawanya sekali dua menyelesaikan urusan kemasukan UiTM dan membeli tiket
bas. Namun begitulah orang baik, tidak mahu terasa terhutang dengan orang lain.
Balik dari Sabah sempat dia menghadiahkan kepada saya sesuatu untuk
melepaskannya dari ikatan ‘hutang budi’ atau sekadar berterima kasih.
Ketika balik sebentar ke Sabah
tempoh hari sempat dia menggeledah pasar di Sandakan lewat penyamun-penyamun
sulu membuat orang-orang Sabah ketakutan lalu kurang aktiviti mereka di pasar.
Hussein sendiri mengeluh kepadaku, tentang pasar dan di mana-mana sahaja pun
sudah tidak semeriah dulu. Orang ramai lebih rela terkurung dalam rumah,
ketakutan.
Udang kara. Seekor dua puluh ringgit
- di Sabah. Bila sampai di semenanjung mungkin berharga lima, enam puluh
ringgit. bukian seekor tuan, sebelas ekor. RM200 semua, sampai semenanjung mungkin lima ratus ringgit Malaysia.
Setelah digulaikan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan