Kereta aku rosak, dan aku kini menumpang bas. Ketika hampir habis kelas kokurikulum aku pada suatu petang Rabu, aku mendapat mesej dari Azrol...
SMS Azrol: Kul agk2 blik..
Nnti xxxx aku pegi ambik
(Pukul berapa agak-agak boleh balik nanti aku pergi ambil)
Aku berasa berat mahu menyusahkan kawan aku yang seorang ni. Sudahlah aku tak banyak membantunya. Sebagai AJK surau dan group JPK di bawahnya, pelbagai kerja yang sepatutnya aku buat, namun tidak sempurna... Aku segan... Lalu aku menekan butang 'REPLY'
SMS aku: Tak pelah tuan.

Tak perlulah susah-susah.
Azrol membalas kembali,
SMS Azrol: Xsush pun.. tlg mn0l0ng..
kte pakat bne ukhwah,
Utk bhgia,
Agr hrum wgian prshabtn,
Dlm menempuh liku2 hdup
Agr sntiasa brsma dlm sng jua dlm ksempitan.
Mmburu rhmat Allah,
Untuk bhgia hdup,
Dunia dan akhirat.
(Tak susah pun... (kita) tolong menolong... Kita pakat bina ukhuwah demi kebahagiaan. Agar harum wangian persahabatan dalam menempuh liku-liku kehidupan. Agar sentiasa bersama dalam senang juga dalam kesempitan. Juga memburu rahmat Allah. Untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.)
'Ahh... kacau', getus kecilku. Kini aku rasa semakin rumit. Jika menolak tawarannya dengan sekadar dua tiga patah kata melalui SMS terasa agak tidak patut pula. Sebenarnya memang bertuah kalau ada orang yang ambil. Perjalanan lebih dua kilometer menggunakan bas amat menyesakkan perut. Bertuahlah kalau dapat duduk di kusyen bas. Selalunya berdiri sahaja dalam sesak pelajar UiTM yang berbau keringat kerana seharian berada di kampus. Namun menyusahkan kawan terasa tidak patut. Aku ini orangnya yang tidak suka termakan budi, walau sekecil mana. Biarlah aku yang berbudi, dan orang lain terhutang budi denganku. Susah...

Aku memakai kasut sambil berfikir. Dan aku membalas dalam kemalasan. Sengaja tak direct to the point... aku terus membalas mesejnya...
SMS aku: Sebenarnya tak dapat dinafikan,
CITU (Centre of Islamic Though and Understanding) dalam kesamaran senja. Di sinilah aku menjalani program Kokurikulum |
SMS aku: Sebenarnya tak dapat dinafikan,
pentingnya kau hadir dalam persahabatan ini,
demi haruman syurga yang kekal abadi.
Telefon bimbit bergetar. Mesej baru masuk. Ketika itu aku baru melangkah masuk ke dalam bas ISA. Syarikat yang mengambil kontrak dengan UiTM - kerana kekurangan bas. Mujur UiTM pakai bas kontrak. Kalau tak tentu sudah sesak. Rasanya sekarang ini (perkhidmatan bas kontrak ISA) lebih baik dari bas UiTM sendiri yang seperti mahu menjimatkan minyak...
Ketika masih menuntut aku sanggup berhimpit dalam bas ISA kerana tak nak menyusahkan kawan. Harapnya nanti aku akan sanggup juga naik lori ISA demi agama, bangsa dan negara - demi keadilan dan kebenaran... Haha... |
SMS Azrol: Syukur pd ALLAH krna kte dprtemukan,
Mge ukhwah yg trbna,
kukuhn hngga aku kawen ngan adik ang..
hehe
Mge kekal hgga akhir hyt
(Syukur kepada Allah kerana kita dipertemukan. Semoga ukhuwah yang terbina terus kukuh... sehingga... aku berkahwin dengan adik hang (kamu dalam bahasa utara - Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan sebahagian orang Perak). Hehe... Semoga kekal sehingga ke akhir hayat)
Sengaja aku bermain-main dengan mesej, lagipun bosan berada di atas bas...
SMS aku: Dambakanlah segala perhubungan,
Selagi tuhan meredainya,
Namun ketahuilah,
tiada yang lebih baik daripada seribu satu perhubungan,
melainkan perhubungan…
yang dihubung oleh Tauhid
Aku merangka mesej sehingga bas berhenti di hadapan restoran makanan segera McDonald. Seterusnya aku perlu melintas jalan dan bertapak sehingga ke kolej kediamanku.
Dan aku menghantar kepadanya mesejku yang terakhir,
SMS aku: Sesungguhnya ‘soal’ persahabatan terus kekal sehingga kita bertemu…
Ketika itu aku sudah berada di hadapan pintu rumah, dan dia sedang mebaca mesej terakhirku.
Sempat pula dia membalas,
SMS Azrol: Ya benar…
Kte la yg mmbjak tnah prshabtn itu,
baekkah atau sbliknye..
klau baek mka baekla jdnya…
klau tanah itu dbjak dgn baek,
mks benih2 kmurnian prshbtn akan tmbuh di tanah itu,
kte pnta hujn dari Allah agr tnah itu brtmbh subur..
(Ya benar, kitalah yang membajak tanah persahabatan itu. Samada baik atau sebaliknya. Jika baik maka baiklah ia. Jika tanah itu dibajak dengan baik, maka benih-benih kemurnian persahabatan akan tumbuh di tanah itu. Kita memohon hujan dari Allah supaya tanah itu bertambah subur.)
Tak payahlah aku termakan budi kawan... walau cuma menumpangnya sahaja...
haha
BalasPadamrilek suda,,
saje je 2 abg oii..
huhu
Saje tak saje... Dah te'blog' dah... takleh nak buat apa...
BalasPadam