Dengan sengih sehingga ke telinga, fasilitator juga dikenali sebagai 'pembantu minggu siswa' iaitu seorang senior jawab dengan sindiran, "Ini bukan sekolah dik, ini universiti."
Tidak pula saya berasa hairan dengan soalan yang nampak seperti tidak bijak itu kerana rasanya mana-mana sekolah pun terutamanya sekolah berasrama penuh menyenaraikan seluar jeans dalam senarai barang-barang larangan. Hal inilah yang mungkin membentuk persepsi remaja sekolah tentang jeans. Dan persepsi itu dibawa ketika baru mula melangkahkan kaki ke universiti.
Apabila mengetahui mereka kini agak bebas, mereka menghela nafas lega kerana boleh menggayakan apa sahaja. Lebih-lebih lagi mereka boleh mengikut fesyen arus perdana. Terutamanya gaya kasual, dipadan dengan seluar jeans.
APA SALAHKAH MEMAKAI JEANS
Pakaian apa pun terikat dengan adab-adab yang telah diajar agama.
1. Aurat.
Aurat wanita adalah seluruh anggota badannya kecuali wajah dan tapak tangan manakala aurat bagi lelaki pula adalah antara pusat dan lutut. Untuk memelihara diri dari 'berpakaian tapi telanjang' seharusnya wanita dan lelaki muslim memakai jeans yang tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk badannya. Lagipun memakai seluar jeans yang terlalu ketat membuatkan sesiapa yang melihat merasa sakit kangkang.
Ada juga yang sengaja melubang jeansnya. (Kredit Gambar: http://images. marthastewart.com) |
Agak menyedihkan juga bila sembahyang di surau kampus. Seorang siswa yang sedang sujud hampir-hampir mendedahkan punggungnya lantaran bahagian atas seluar jeansnya sangat singkat. Sudahlah begitu, bajunya juga terlalu kecil. Mujur ada seluar dalam yang menghalang pandangan. Namun begitu, terdapat juga segelintir siswa yang malah menampakkan pangkal juburnya. Bagaimanakah dengan sembahyangnya? Hairan, tidak perasankah dia?
2. Kesucian
Antara alasan utama para siswa memilih jeans daripaa fabrik jenis lain adalah kerana ianya tidak perlu dibasuh selalu. Hal ini kerana menurut mereka, jeans tidak berbau walaupun sudah dipakai berbulan-bulan. Bagi mereka banyak masa boleh diperuntukan untuk pelajaran. Memang tidak bahawa belajar di IPT sangat meletihkan, letih dengan belajar dan tugasan, assignment, kuis dan ujian.
Masalahnya adalah segelintir rakan-rakan yang tidak pernah membasuh jeans kusamnya semenjak baru dibuka plastiknya. Masih bersih dan suci lagikah jeans yang tidak dibasuh berbulan-bulan, walaupun tidak berbau. bukankah kebersihan itu sebahagian ajaran agama?
MENGAPA JEANS?
Mengapa Jeans? Mungkin kerana jeans merupakan budaya dan fesyen terkini yng dipilih oleh rakan-rakan saya. Mengenai akhlak dan etika pemakaian, sama sahaja denim dengan fabrik-fabrik lain. Yang utamanya adalah kita berpakaian untuk menutup aurat.
Pakaian Denim telahpun menawan dunia. (Kredit Gambar: http://wallpaperslife.files.wordpress.com) |
Adakah saya membenci jeans? Tidak. Tiada alasan untuk saya membencinya. Mungkin saya adalah seorang dari peminatnya. Bukan semua yang kurang sempurna pakaiannya, ada juga antara kita yang sopan dalam berpakaian, walaupun selalu mengenakan jeans.
Sudah ada jubah untuk wanita daripada fabrik denim. (Kredit:http://sphotos.ak.fbcdn.net) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan