Semalam aku pergi menduduki ujian kalkulus, MAT235.
Petang, lebih kurang 5.00pm,
Aku mesej Amirul Afiq, bertanyakan tentang ujian, pukul berapa? Di mana?
Balas Amirul Afiq,
Test MAT jam 8.30 malam di BKM 2.11
Oh... BKM, Bilik Kuliah Mekanikal. Kata kawan-kawanku tempat itu berhantu... malam pulak tu...
Malam, 8.25pm,
Aku tiba di padang parkir kereta pelajar. Malam itu padang parkir sungguh lapang. Hanya ada beberapa buah kereta diparkir di sana. Mungkin ramai yang pulang ke kampung sempena dengan cuti ulangkaji selama seminggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Beberapa pelajar lelaki sedang bersembang di bawah simbahan cahaya lampu jalan yang suram. Terdapat juga beberapa pasang kekasih berjalan pulang ke kolej masing-masing, baru balik dari menonton movie di Jaya Jusco agaknya atau baru balik dari pulau.
Aku menapak langkahku sendiri, menuju ke bangunan Mekanikal. Sebuah blok akademik dikhususkan untuk Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sahaja. Di bawahnya ditempatkan mesin-mesin berat untuk tujuan kelas praktikal. Selain itu juga terdapat makmal-makmal lain seperti makmal mekanik bendalir dan sebagainya. Di tingkat dua terdapat kelas untuk kegunaan syarahan dan tutorial. Hanya di tengahnya sahaja lampu kalimantang terpasang. Cahaya itu sahaja yang ada di bangunan mekanikal. Mana mungkin boleh menerangi keseluruhan bangunan mekanikal yang besar itu.
Bangunan Mekanikal kelam sahaja di malam hari. |
Di mana mesin-mesin berat disimpan |
Benarkah di sini ada hantu? |
Cahaya lampu kalimantang ini mungkin datangnya dari bilik-bilik pensyarah ataupun dari tempatku mengambil ujian nanti. |
Aku menuju ke lif. Beberapa orang rakan sekelasku juga menggunakan lif bersamaku. Sampai sahaja di tingkat dua, kami terus mencari bilik syarahan 11. Oh, aku terlambat seminit dua, ujian telah pun bermula.
Usai sahaja ujian, aku bergegas keluar kelas. Aku perlu segera sembahyang Isyak sebelum memikirkan tentang perutku yang berkeroncong. Apabila aku melangkah keluar dari kelas baru aku sedari bahawa di sebelah kananku adalah ruang yang luas dan gelap. Kelas-kelas lain kosong dan kelam. Hanya bilik syarahan 11 sahaja yang cerah. Teringat pada kejadian gambar hantu 'lekat' pada fotografi-fotografi seperti yang selalu dicerita dalam majalah-majalah misteri. Aku lantas mengeluarkan Sony Ericson K770i secondhandku dan memetik butang capture... dan...
Cubalah cari kalau-kalau tersembul kepala hantu... |
PENGWAJARAN
Rasanya tempat tu (bangunan mekanikal) sama sahaja seperti bangunan-bangunan lain. Cuma ianya suram dan kelam pada waktu malam. Tidak seperti di fakultiku yang menumpang bangunan Perdana. Di situlah tempatnya Laman Siswa (LS) tempat pelajar berbincang sampai larut mala (tak tahu apa yang dibincangkan, ada juga yang panggil LS dengan Laman bermasalah Sosial). Di situ juga ada Laman Perdana (LP) di mana majlis-majlis besar, kecil dan sederhana dijalankan. Lagipun ianya berlatarbelakangkan tapak pembangunan Dewan UiTMPP. Sudah tentu suram dan menakutkan. Sekarang ni dewan pun sudah boleh digunakan. Setiap malam cerah dan cantik pulak tu. Harap-harap segala 'hantu-hantu' yang mendiami bangunan Mekanikal pergi. Tak berlakulah lagi nanti kes kelas ganti (yang dibuat pada malam hari) dihabiskan awal kerana pensyarah seram dengar suara orang mejerit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan