24 Nov 2009
Carilah Perlindunganmu
Sekarang ni macam-macam berlaku. Semakin ramai orang, semakin pelbagai ragamnya. Yang baik pun banyak, yang jahat pun sama banyaknya. Kita kena selalu bersedia menghadapi pelbagai manusia itu.
Kalau dulu pencuri guna cara manual ataupun sihir, kini duduk di depan komputer pun boleh songlap berjuta ringgit. Kalau dulu orang main pukau, sekarang orang pukau pakai pertandingan guna SMS. Kalau dulu orang tipu orang, sekarang tipu pakai internet.
Kalau kita kata kita perlu ilmu, ustaz serban besar pun selalu kena tipu. Skim inilah, skim itulah. Kalau kita kata kina kena bersedia dengan ilmu dunia pula, ada juga doktor yang kena sihir dengan perempuan indon, gara-gara jatuh hati dengan doktor tersebut.
Anakku,
Bacalah ma'tsurat, sebab itu adalah doa nabi. Minta lindung kita dari mudarat dunia dan akhirat. Kalau sibuk sangat pun bacalah ayat kursi dan sepuluh ayat seperti sabda rasulullah.
Dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah saw bersabda,
"Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya."
Dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah saw bersabda,
"Siapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat surah al-Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi."
Semoga Allah sentiasa melindungi kita.
Emak
Label:
pesan emak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan