SARANG ORANG POLITIK
Sarang burung, biasanya di atas
pokok. Burung tempua menganyam sarangnya dari rumput dan dahan pohon. Pintu masuknya
ada yang menjulur ke bawah, ada yang terbuka di tengah. Biasanya pintu kecilnya
yang sempit menjulur ke bawah dan semakin membesar ke atas. Burung layang-layang
pula membina sarangnya di dalam bangunan-bangunan dengan lumpur dan liur. Burung
walet pula menghuni gua-gua dan kini dalam ‘banglo-banglo khas’, membina sarang
mereka cuma dengan liur yang dilekap pada dinding-dinding bangunan.
Jika burung membina sarangnya dengan
liur dan rumput, orang politik pula bagaimana sarang mereka? Cuba teka. - biar saya jawab. Dari
bendera dan liur. Menjelang Pilihan Raya Umum ini, ke mana sahaja pergi, di
mana-mana pun tergantung bendera di atas jalan-jalan dan tersangkut bendera di
celah-celah pokok. Sarang United Malays National Organization dikenali dengan
bendera biru gelap, sarang Parti Keadilan Rakyat dengan bendera biru muda dan sarang
Parti Islam Semalaysia dengan hijaunya. Ketika dalam perjalanan ke kampus, melalui Kepala Batas -
kawasan kuat orang-orang United Malays National Organization, terasa seperti
masuk sedalam-dalamnya dalam sarang kerengga. Seram.
ADUN MEMBOHONG
Suatu hari saya bersama-sama dengan
seorang kawan, dia juga anak JKKK Persekutuan di kampung saya. (di tempat saya
terdapat dua JKKK, negeri (Pas) dan Persekutuan). Dia memberi ulasan tentang
wakil rakyat penggal lalu, beliau seorang doktor perubatan dan memiliki klinik
di kampung kami. Penduduk di sini mengenalinya sebagai seorang yang sangat baik
dan saya sendiri mengakuinya.
Untuk penggal sebelum ini, sebelum
PAS memenangi Kedah, Doktor menang sebagai ADUN di Pantai Merdeka atas tiket
Barisan Nasional. Namun pada penggal ini, dia kalah pada orang PAS.
“Dia (doktor) tak boleh jadi orang
politik. Sebab tu dia kalah” Kata kawan saya itu yang keluarganya orang kuat UMNO.
“Kenapa?” Saya hairan.
“Kerana di baik sangat, tak pandai
nak membohong orang.”
‘Laaa’ Saya senyum sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan