Maka saya pun bertanya kalian, "Milik siapakah segala rumus yang kita pelajari saban hari? Punya siapakah teori-teori yang kita tekuni dalam kelas?"
Kalian menjawab pendek, "Milik cendekiawan-cendekiawan barat."
"Bukan. Bukan itu jawapan yang saya hendak. Benarkah milik mereka, orang-orang yang tidak beriman itu?"
"Jika begitu mungkin milik cendekiawan-cendekiawan muslim, yang membuka lembaran-lembaran ilmu kepada dunia, yang mengenalkan peradaban sains kepada kita, yang membawa kepada penggunaan nombor-nombor india - arab, seterusnya menjadi asas kepada bahasa komputer yang kita kenal hari ini. Malah banyak lagi sumbangan mereka."
"Bukan. Itu juga bukan jawapan yang saya hendak." Saya tidak berpuas hati.
Kalian diam dalam tanda tanya. ???
Kalian diam dalam tanda tanya. ???
"Sebenarnya segala hukum dan formula-formula sains yang kita pelajari adalah milik Allah. Bukankah kita mengkaji ciptaan-ciptaan Allah. Dari ciptaan-ciptaan Allah itu kita mengeluarkan formula-formula. Dari sistem yang diciptakan Allah itu, kita mendapat signal-signal. Yang kemudiannya kita kaji dalam makmal-makmal, kemudian kita menamakannya dengan nama kita, sedangkan kita cumalah penemu yang bertemu dengan segala itu secara kebetulan. Setujukah kalian bahawa milik ALLAH lah segala yang kita pelajari."
www.sleepaidrecords.com |
"Benar, benar,..." Saya nampak kalian membenarkan dalam angguk kalian.
"Jika kalian bersetuju, pernahkah kalian merasakan kehadiran Allah dalam pelajaran kalian, pernahkah kalian merasakan kebesaran Allah ketika kalian mengulangkaji pelajaran?"
Diam. Antara kalian ada yang tepat memandang ke arah saya. Ada juga antara kalian yang bermain-main jarinya ke lantai, tangan kanan pula sedang menopang kepala. Sedang berfikir mungkin.
"Kerana hati kita memang kosong dari Allah. Kerana hati kita penuh dengan perkara-perkara lain. Hal ini terpancar dari pertuturan harian kita. Misalnya seorang yang gila dengan harta pasti selalu membincangkan tentang hartanya bila berkumpul dengan rakan-rakan. Seorang lelaki yang angau dengan seorang wanita atau seorang wanita yang tergilakan seorang lelaki pasti akan sentiasa memuji-muji kekasih hatinya tidak kira tempat dan masa. Seorang yang cemerlang dalam pelajaran pula kita lihat dia sentiasa berbincang tentang pelajarannya dalam studi grup, atau kita lihat dia membimbit buku dan nota ke mana-mana. Namun adakah kita pernah lihat sesiapa yang asyik beercerita tentang kehebatan dan keagungan Allah?"
Aku akan terus mengajak kalian membesar mengagungkan Allah lebih dari segala-galanya.
Aku akan terus mengajak kalian membesar mengagungkan Allah lebih dari segala-galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan