Berjemaah ketika di Ijtimak. Sumber Gambar: Ziarah76 |
Ramai yang telah maklum akan pahala sembahyang secara berjemaah. Banyak pulak tempekan kertas di sana sini menceritakan fadilat sembahyang jemaah adalah 27 kali lebih afdal dari sembahyang bersendirian. Di laman web ini dan laman web itu semuanya bercerita tentang fadilat ini.
Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin Umar r.anhuma bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian." (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)
Rasanya tidak terlalu melampau kala saya analogikan fadilat ini dengan 'gaji asas' untuk orang yang berjemaah. Jika fadilat ini 'gaji asas', terdapat pula fadilat-fadilat yang lain disamping fadilat ini, untuk mereka yang rajin berjemaah, berjemaah di masjid, merapatkan saf dan banyak lagi. Jikalau fadilat '27 kali ganda' ini gaji asas, fadilat-fadilat lain itu bonusnya...
Antaranya adalah,
Diriwayatkan daripada Hazrat Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerana Allah swt dengan memperoleh takbiratul-ula selama empat puluh hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik." (Hadis riwayat Imam Tarmizi)dan lagi,
Diriwayatkan daripada Hazrat Sahl bin Sa'ad as-Sa'idi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda, "Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)Belum cukupkah lagi untuk menjadi pendorong kita berusaha ke arah sembahyang jemaah di Masjid. Banyak lagi fadilat yang Tuhan yang maha Rahman sediakan kepada orang yang sanggup bersusah payah sedikit sembahyang berjemaah di masjid. Bagaimana dengan keampunan, rahmat dan pahala untuk setiap langkah ke masjid. Bagaimana dengan rahmat yang dibawa pulang ke rumah/kediaman dari masjid...
Jika begitu, patutlah saidina Umar r.a mengatakan kepada ibu Hadrat Sulaiman,
"Aku lebih suka bersembahyang Subuh secara berjemaah dari sembahyang sepanjang-panjang malam."Sebenarnya saksi nabi kepada orang yang mengimarahkan Masjid sebagai orang yang beriman sudah memadai...
Walau bagai mana hebat pun pahala yang dijanjikan Allah, jika iman kita lemah, kita masih tegar memilih untuk terus menghadap komputer, atau terus menekuni tutorial, atau terus melayani kawan-kawan dan membiarkan azan berkumandang tanpa disahut dengan pergi menuju ke masjid/ musolla/ surau/ madrasah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan