Langit sudah hampir berwarna kuning. Tanda tidak lama lagi akan dilabuh tirai malam menutup hari. Burung terbang balik ke sarangnya sekawan demi sekawan. Begitu juga para penghuni Pangsapuri Idaman berbondong-bondong balik memandu kenderaan masing-masing, menyusunnya pada petak-petak parkir. Saya, Hakim dan Azrul pula melangkah ke deretan kedai makan yang semakin ramai oleh pelajar-pelajar universiti dan orang tempatan yang mengunjung. Tujuan kami adalah kedai makan yang diapit rantaian Seven Eleven dan sebuah kedai runcit.
Entah mengapa kedai itu lebih dikenaliku dengan 'Kedai Syarifah'? Jangkaku kerana mak cik yang menjaga kedai tersebut bernama Syarifah. Kedai itu kedai yang diusahakan anak beranak sekeluarga. Terbahagi kepada dua, sebuah kedai makan dan sebuah lagi bahagian yang lebih kecil kedai photostat dan kedai top up. Anaknya yang perempuan apabila ada di Permatang Pauh (anak-anaknya ramai yang belajar sehingga ke universiti, termasuk seorang baru masuk UiTM Pulau Pinang), selalu membantunya di kedai makan. Anak lelakinya pula membantu di kedai top up.Walaupun suaminya turut memantau perjalanan bisnes, hanya mak cik Syarifah yang agak menonjol.
Kami bertiga duduk menanti pelayan mengambil pesan. Menu kami seperti semalam-semalam juga, nasi putih berlaukkan telur dardar dan berkuahkan sup kosong. Murah, sedap lagi mengenyangkan. Kami bertiga setuju, kerana itu kami adalah antara pengunjung yang setia mengunjung dan memesan 'Nasi Ekonomi Syarifah'. Nasi Ekonomi juga kami panggil Nasi Gawat dan Nasi Bujang. Aku menggabungnya menjadi 'Nasi Bujang Ke'Gawatan' Ekonomi.'
Pelayang yang datang mengambil pesan nampaknya pelayan baru. Perkara biasa di kedai Syarifah ini adalah pekerjanya sering bertukar, mungkin kerana dia selalu memarahi pekerjanya. Memang mak cik Syarifah ini agak garang sedikit. Suaminya juga turut dimarah. Pelayan baru yang datang ini nampak tidak biasa dengan menu di kedai. Kami memesan.
Azrul, "Nasi Bujang satu."
Aku, "Nasi Ekonomi satu."
Hakim, "Nasi Gawat."
Lurus betul pelayan tadi. Dia ke dapur lantas memesan, "Nasi Bujang satu, Nasi Ekonomi satu, Nasi Gawat satu." dengan pelat dia menjerit.
"Kah... kah... kah..." Kami dengar kuat benar tukang-tukang masak ketawa dengan terbahak-bahak di dapur. Si pelayan tercengang-cengang. Kami tak berani melawan renung Mak Cik Syarifah yang tajam bagai hendak menikam kami.
hehe..
BalasPadambanyak memori tercipta di kedai tersebut.
Kelakar juga ye...
sedar tak sedar sudah hampir dua tahun aku menjadi sebahagian penggemar menu di kedai itu.
Tapi kan, sekarang kita dah jarang mengisi perut disitu ekoran sebuah kedai makan yang baru dibuka( lama jugak la) berhampiran Masjid Jalan Baru. Sedap bukan? Murah yang penting, tukang masak yang ramah, pelayan yang tak buat hal.hehe
Kedai syarifah pun ok. Setiap malam meja kerusi tak pernah kosong.
Awan Putih: Begitulah nak survive hidup. Kalau tak rasa macam tak cukup duit je makan kat kedai syarifah.
BalasPadamNama baru Nasi Ekonomi - Nasi Protein...