Halaman

25 Jul 2014

TARAWIKH

Habis sahaja peperiksaan aku reserve sehari dua untuk aku cool down sebelum terima pelawaan untuk mengimami tarawikh (benda biasa setiap Ramadhan). Dua minggu awal bulan puasa aku terfikir, macam mana aku boleh sempurnakan dua puluh rakaat tarawikh tambah tiga rakaat witir setiap malam, kerana setakat ini (dua minggu pertama Ramadhan), paling banyak yang aku dirikan tarawikh pun sampai lapan saja.

Pak Cik: Osstad, kenapa semalam doa tarawikh panjang tapi malam ni doa tarawikh pendek?

Osstad: Sebab semalam buku tarawikh lain, hari ni buku lain. Buku tarawikh semalam sudah hilang (Kes tak hafal doa tarawikh)
Pak Cik menganga sambil angguk tanda faham.

Aku: Ummi cek dapat duit tarawikh. 
Ummi: Ikhlas dak tu jadi imam tarawikh ka sebab duit. 
Aku: Kita ikhlas lapan rakaat saja. Upah ni untuk dua belas rakaat lagi... 
(Tolong jangan label aku ni  Wahab B ke, Wahab C ke, Wahab Z ke. Atas ni lawak saja semata-mata)

Semalam (23 Julai 2014) buat tarawikh untuk Masjid dan adalah tarawikh terakhir yang aku di booked. Sehari sebelum itu aku di masjid ini jugak (aku dibooked Masjid ni untuk dua hari). Masuk-masuk masjid saja Pak Cik SU Masjid sambut aku.

“Din selalu buat tarawikh sampai pukui beghapa?”

Pukui 10.30 lebih.” Aku jawab.

“Din, buat tarawikh cepat sikit tau. Buat tarawikh ekspress tau. Pukul 10.30 kena habih semua.”

Gulp.’ Aku resah sikit. Pak Cik SU Masjid tak tahu yang aku pernah bawa sampai pukul 10.55 malam! Paling laju pun setakat ini sampai 10.45 malam.

 “Baiklah pakcik, saya cuba.” Aku saja jawab bagi Pak Cik SU Masjid senang hati.

Aku bawa Isyak macam biasa kemudian tarawikh. Habis doa witir tengok jam sudah 10.45. Sambil berjalan ke tempat makan (moreh) sambil kena berleter dengan Pak Cik SU Masjid.

“Din iktidal lama sangat...”

“Pak Cik tengok rakaat ke lapan pun Din buat dah pukul 9.45, Pak Cik agak dah, mesti lambat jugak...”

Habihlah pak cik nanti depa bising kat pak cik, mengantuklah, apalah...”

Macam-macam lagi Pak Cik SU Masjid leter kat aku. Berdesing jugalah telinga ni. Aku senyum sajalah sepanjang seminit kena leter. Masa makan more nasi jagung tu rasa macam makan pasir jugalah. Aku tak tahu macam mana aku nak bagi laju lagi sembahyang aku? Tak apalah.

Esoknya, macam semalam, masuk-masuk saja Masjid terus dia pesan suruh aku buat laju lagi. Mungkin akibat semalam aku habis lambat, dia siap tekan. “Kena cepat sangat-sangat ni. Malam ni lepas tarawikh ada majlis penyampaian zakat.”

Dia suruh aku sembahyang laju. Aku kata dekat Pak Cik. Nak laju pun kena jaga juga rukun-rukun sembahyang, toma’ninah dan sebagainya. Takut tak sah sembahyang.

“Memang betui tu, tapi ni penting ni jaga masa.”

Dalam hati aku ‘Haih!!! Apa Pak Cik ni. Apa guna sembahyang kalau tak sempurna rukun.’

Aku cuba bagi cepat sikit malam ni. Setiap kali baca surah al-Fatihah aku sambung ayat di dua tempat. “Laju sikit malam ni daghi malam semalam” Akui tok bilal 1 Masjid masa aku makan nasi lobak dengan Pak Cik-Pak Cik Pegawai Masjid masa moreh. Tok Bilal 2 masjid tak banyak cakap. Dia ghenyeh saja gheti. Tok Imam berbual dengan seorang lagi jemaah masjid yang kagum dengan anak cucunya. Katanya, "Oghang-oghang muda ni banyak duit boleh beli ayaq bukak posa dua tiga puluh bungkuih."

Tapi sebab tak puas hati kena leter free semalam, tadi saja aku baca panjang sikit dua rakaat last. Alah, bukan panjang sangat pun, panjang sikit saja. Alih-alih habis pukul 10.40. tak dapat jugak habis pukul 10.30. Pak Cik SU Masjid tak cakap apa pun dengan aku. Masa aku makan dengan Tok Bilal 1 & 2 dan Tok Imam dia datang saja selit duit sagu hati imam tarawikh dalam poket aku. Aku ajak dia makan, sepatah saja dia jawab, tolak, kemudian blah. Aku pun tak tahu, dia bengang ke tidak dengan aku. Hahaha.

Hendak tahu dia okay atau tidak dengan aku tunggulah tahun depan. Kalau dia jemput kira okay lah kan, kalau tak... Hurmm..

Aku sebenarnya teringin saja hendak pesan dekat Pak Cik SU, kalau pak cik nak cepat sangat apa kata pak cik jemput Mujibur Rahman (Bangla) kedai bundle seberang jalan. Depa memang laju solat (esp. Orang-orang India). Tapi tak mahulah aku, nanti jadi kurang ajar pula bulan-bulan puasa ni.




Aku rasa berdosa pula dengan Pak Cik SU Masjid, tapi nak buat macam mana. Ya Allah ampunilah aku. Pak Cik, kalau Pak Cik baca post ni sorry na. Jom kita pi slow talk dekat Nasi Kandar Hussain. Lepas tu terus pergi jam besaq cari baju raya dan biskut raya sekali.


PERIKSA PADA BULAN RAMADHAN

Ramadhan 1435. Alhamdulillah sempat aku berada dalam dakapan Ramadhan lagi. Tanyakan pada aku, apa yang menarik Ramadhan. Biasa-biasa saja. Cuma aku kena puasa wajib. Its not a big deal bagi aku. Yang tak larat bulan puasa sebenarnya kena jadi imam tarawikh. Penat woo. Sebab itulah hargailah imam-imam tarawikh anda. Dua minggu awal Ramadhan aku tolak semua pelawaan jadi imam. Sebabnya aku periksa semester akhir.

Periksa semester jatuh bulan Ramadhan. Empat paper. Satu di luar bulan puasa dan tiga lagi dalam bulan puasa. Persediaan menghadapi peperiksaan amat meletihkan, lebih-lebih lagi bila tidak dapat minum untuk menyejukkan kepala yang bekerja lebih keras dari biasa, lebih-lebih lagi pada waktu  petang.
Tindakan aku: Ubah jadual diri. Aku hendak cuba ini.


(Image: Jose Nehme) Nak tahu lagi boleh Google - Alternative Sleep Pattern.


Dua kaedah tidur yang atas sekali kaedah tidur yang biasa. Monophasic ini pattern tidur biasa. Biphasic pattern cara tidur sunnah. Ada qailulah tengah hari. Yang Everyman, Dymaxion dan Uberman ni yang luar biasa sedikit. Kita kena selang seli tidur setengah jam antara jaga tiga empat jam. Tapi masalahnya, aku hendak cuba Everyman, gagal. Hendak cuba Dymaxion, gagal. Nak cuba Uberman pun gagal. Sebab apa ya? Sebab aku suka tidur. Tak boleh tidur setengah jam, setengah jam saja. Alang-alang dah tidur biar nyenyak sampai berdengkur.

Oleh itu aku melantak tidur pada waktu pasif/letih/penat hendak belajar (tengah hari hingga ke petang) dan belajar pada dari  malam sehingga zohor. Pukul tiga tidur dua jam sebelum bangun sahur.

Bila habis periksa, masalah lain pula. Aku dah terbiasa tidur lepas Zohor dan berjaga sampai ke pagi. Bak kata Tok Njang macam baghu balik obersi (Oversea). Adik aku lagi kejam, dia kata aku macam burung hantu. Whatever.