Habis sahaja peperiksaan aku reserve sehari dua untuk aku cool
down sebelum terima pelawaan untuk mengimami tarawikh (benda biasa setiap
Ramadhan). Dua minggu awal bulan puasa aku terfikir, macam mana aku boleh
sempurnakan dua puluh rakaat tarawikh tambah tiga rakaat witir setiap malam,
kerana setakat ini (dua minggu pertama Ramadhan), paling banyak yang aku
dirikan tarawikh pun sampai lapan saja.
Pak Cik: Osstad, kenapa semalam doa tarawikh panjang tapi malam ni doa tarawikh pendek?
Osstad: Sebab semalam buku tarawikh lain, hari ni buku lain. Buku tarawikh semalam sudah hilang (Kes tak hafal doa tarawikh)
Pak Cik menganga sambil angguk tanda faham.
Aku: Ummi cek dapat duit tarawikh.
Ummi: Ikhlas dak tu jadi imam tarawikh ka sebab duit.
Aku: Kita ikhlas lapan rakaat saja. Upah ni untuk dua belas rakaat lagi...
(Tolong jangan label aku ni Wahab B ke, Wahab C ke, Wahab Z ke. Atas ni lawak saja semata-mata)
Semalam (23 Julai 2014) buat tarawikh untuk Masjid
dan adalah tarawikh terakhir yang aku di booked.
Sehari sebelum itu aku di masjid ini jugak (aku dibooked Masjid ni untuk
dua hari). Masuk-masuk masjid saja Pak Cik SU Masjid sambut aku.
“Din selalu buat tarawikh sampai pukui beghapa?”
“Pukui
10.30 lebih.” Aku jawab.
“Din, buat tarawikh cepat sikit tau. Buat tarawikh ekspress tau. Pukul 10.30 kena habih semua.”
‘Gulp.’
Aku resah sikit. Pak Cik SU Masjid tak tahu yang aku pernah bawa sampai pukul
10.55 malam! Paling laju pun setakat ini sampai 10.45 malam.
“Baiklah
pakcik, saya cuba.” Aku saja jawab bagi Pak Cik SU Masjid senang hati.
Aku bawa Isyak macam biasa kemudian tarawikh. Habis
doa witir tengok jam sudah 10.45. Sambil berjalan ke tempat makan (moreh)
sambil kena berleter dengan Pak Cik SU Masjid.
“Din iktidal lama sangat...”
“Pak Cik tengok rakaat ke lapan pun Din buat dah
pukul 9.45, Pak Cik agak dah, mesti lambat jugak...”
“Habihlah
pak cik nanti depa bising kat pak cik,
mengantuklah, apalah...”
Macam-macam lagi Pak Cik SU Masjid leter kat aku. Berdesing
jugalah telinga ni. Aku senyum sajalah
sepanjang seminit kena leter. Masa makan more nasi jagung tu rasa macam makan
pasir jugalah. Aku tak tahu macam mana aku nak bagi laju lagi sembahyang aku? Tak
apalah.
Esoknya, macam semalam, masuk-masuk saja Masjid
terus dia pesan suruh aku buat laju lagi. Mungkin akibat semalam aku habis
lambat, dia siap tekan. “Kena cepat sangat-sangat ni. Malam ni lepas tarawikh
ada majlis penyampaian zakat.”
Dia suruh aku sembahyang laju. Aku kata dekat Pak Cik.
Nak laju pun kena jaga juga rukun-rukun sembahyang, toma’ninah dan sebagainya. Takut
tak sah sembahyang.
“Memang betui tu, tapi ni penting ni jaga masa.”
Dalam hati aku ‘Haih!!! Apa Pak Cik ni. Apa guna
sembahyang kalau tak sempurna rukun.’
Aku cuba bagi cepat sikit malam ni. Setiap kali baca
surah al-Fatihah aku sambung ayat di dua tempat. “Laju sikit malam ni daghi malam semalam” Akui tok bilal 1
Masjid masa aku makan nasi lobak dengan Pak Cik-Pak Cik Pegawai Masjid masa
moreh. Tok Bilal 2 masjid tak banyak cakap. Dia ghenyeh saja gheti. Tok
Imam berbual dengan seorang lagi jemaah masjid yang kagum dengan anak cucunya. Katanya, "Oghang-oghang muda ni banyak duit boleh beli ayaq bukak posa dua tiga puluh bungkuih."
Tapi sebab tak puas hati kena leter free semalam, tadi saja aku baca panjang sikit dua rakaat last.
Alah, bukan panjang sangat pun, panjang sikit saja. Alih-alih habis pukul
10.40. tak dapat jugak habis pukul 10.30. Pak Cik SU Masjid tak cakap apa pun
dengan aku. Masa aku makan dengan Tok Bilal 1 & 2 dan Tok Imam dia datang
saja selit duit sagu hati imam tarawikh dalam poket aku. Aku ajak dia makan, sepatah
saja dia jawab, tolak, kemudian blah.
Aku pun tak tahu, dia bengang ke tidak dengan aku. Hahaha.
Hendak tahu dia okay
atau tidak dengan aku tunggulah tahun depan. Kalau dia jemput kira okay lah kan, kalau tak... Hurmm..
Aku sebenarnya teringin saja hendak pesan dekat Pak
Cik SU, kalau pak cik nak cepat sangat apa kata pak cik jemput Mujibur Rahman
(Bangla) kedai bundle seberang jalan.
Depa memang laju solat (esp. Orang-orang India). Tapi tak mahulah aku, nanti
jadi kurang ajar pula bulan-bulan puasa ni.
Aku rasa berdosa pula dengan Pak Cik SU Masjid, tapi
nak buat macam mana. Ya Allah ampunilah aku. Pak Cik, kalau Pak Cik baca post ni sorry na. Jom kita pi slow
talk dekat Nasi Kandar Hussain. Lepas tu terus pergi jam besaq cari baju raya dan biskut raya sekali.